Saturday 31 October 2020

BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN

 


POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SESI JUN 2020

KOMUNIKASI DAN PEYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK: BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB ADAB PERGAULAN

PENSYARAH: PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH

JABATAN: TEKNOLOGI MAKANAN

NAMA AHLI KUMPULAN

1.NAZIA ZULAIQHA BINTI NOR AZLAN (02DTM18F1014)

2. NURULAIN AQILAH BINTI NORHALIM (02DTM18F1094)

3.NUR AINATUL MAWADDAH BINTI JUNAIDY (02DTM18F1045)

4. MASYITAH BINTI ARIFFIN (02DTM18F1112)

5. NUR HAFIZA BINTI SARMAN (02DTM18F1030)

6. NURUL SHAMIEN BINTI NOR AZMAN (02DTM18F1070)

KELAS: DTM5A


BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN




Apa itu pergaulan bebas?

Pergaulan bebas adalah  salah satu bentuk perilaku menyimpang yang melewati batas kewajiban, tuntutan,aturan, syarat,dan perasaan malu. Pengertian pergaulan bebas di ambil dari kata Pergaulan  yang bermaksud proses interaksi antara individu atau individu dengan kelompok, sedang kata Bebas yang artinya terlepas dari kewajiban, aturan, tuntutan, norma agama, dan pancasila.

 

Pergaulan bebas menurut agama, pengertian pergaulan bebas menurut agama adalah proses dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas tertuang dalam surah An-Nur ayat 30-31 bahwa hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul. Selalunya,pergaulan bebas ini berlaku dalam kalangan remaja dengan sebab seba yang tersendiri.Beberapa sebab remaja melakukan pergaulan bebas iaitu sikap mental yang tidak sihat, pelampiasan rasa kecewa terhadap keluarga yang tidak harmonis,  kegagalan remaja menyerap norma-norma agama dan norma-norma pancasila.


Apakah yang dimaksudkan dengan adab?

Adab (Bahasa Arab: أدب ‎) dalam konteks perilaku, perbuatan: kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kod kelakuan. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan mempamerkan "pembezaan aturan, kelakuan, dan kepandaian membuat pilihan yang betul".Sedangkan tafsiran dari lingkup adab dan faktaI-fakta yang dapat bervariasi antara berbagai budaya, umum antara interpretasi ini adalah hal peribadi untuk berdiri melalui pengamatan tertentu contoh kod perilaku.

 

ISLAM amat menekankan pendidikan adab di kalangan umat manusia kerana dengan adab, seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri. Islam menetapkan pelbagai adab seperti adab berguru, adab menjaga orang sakit, adab menziarah jenazah dan adab-adab dalam pergaulan seharian. Dengan setiap perbuatan yang berlandaskan adab dan akhlak yang baik maka seseorang itu dapat meraih kecintaan Allah SWT.

 

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Apabila seseorang itu melakukan amalan-amalan yang disukai Allah SWT dalam perkara wajib atau fardhu dan diikuti amalan-amalan sunat yang dilaksanakan pastinya akan mendapat kecintaan dan kasih sayang Allah. Justeru apabila ketaatan kepadaNya telah bersemadi di dalam diri seseorang mukmin tentunya setiap doa yang dipohon akan dimakbulkanNya. Allah juga akan melindugi hambaNya yang taat akan suruhanNya dan meninggal segala laranganNya.


1.0  PERGAULAN MERUJUK KEPADA PROSES SOSIALISASI ANTARA SESAMA MANUSIA.

Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut:

(i)-  Peringkat berkenalan

Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang

(ii)- Peringkat memahami

Peringkat memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubung dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita. 

(iii)- Peringkat tolong-menolong

 Peringkat tolong-menolong atau taawun ialah peringkat yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesame manusia mestiah bertetapan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


2.0 FAKTOR PENYEBAB PERGAULAN BEBAS ANTARA REMAJA IAITU:

1. Rendahnya taraf pendidikan keluarga, seperti keluarga yang mengizinkan  anak berpasangan     tanpa  ada pengawasan yang menyebabkan anak terjerumus ke dalam pergaulan bebas.

2. Orang tua yang kurang memperhatikan pergaulan anak, orang tua yang sibuk dengan pekerjaannya       sehingga anak tidak diperhatikan dengan maksimal.

3. Kurang berhati-hati dalam berteman, contohnya teman mengajar kita kearah yang negative, terjadi      kerana berteman dengan orang yang tidak baik.

4 .Keadaan ekonomi keluarga, contohnya anak yang berhenti sekolah kerana ekonomi keluarga yang          rendah membuat perilaku anak  menjadi tambah parah.

Impak dari pergaulan bebas memberikan pengaruh besar bagi diri sendiri, orang tua, dan negara. Seperti ketergantungan ubat-ubatan terlarang, penurunan tahap kesihatan, meningkatnya kriminalitas, meregangkan hubungan keluarga, meyebarkan penyakit, menurunnya prestasi belajar, berdosa.


3.0  BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut Islam, perkara penting yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1- Aurat lelaki

Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.

2-  Aurat wanita

Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)

3- Pakaian lelaki

Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.

4- Pakaian wanita

Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.


3.1 ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN 

Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan wanita). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli-belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti yang berikut:

 

1- Memelihara pandangan

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (QS. 24:30)


2- Menutup aurat secara sempurna

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya.

Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).


3- Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram

Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).


4- Menjaga perkataan dan mengawal perbualan

“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).

Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).

Melunakkan suara berbeda dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19).

Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan keperibadian penuturnya.


5- Mengawal perhiasan

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” surah Al-ahzab 33,33


6- Menghindari tempat yang tidak baik

Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak(akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) iaitu:

1. Itsarat asy-syahwat(menimbulkan gejolak syahwat). Hal ini dapat mengakibatkan dua hal negatif:

  Idthirab an-nafs(kegoncangan dan kegelisahan jiwa)

  Al-wuqu’ fi al-ma’ashi(terjatuh kepada kemaksiatan)

2. Su’uzhann al-akhrin(menimbulkan prasangka buruk orang lain)

3. Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram(terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan oleh Allah SWT)

4. Idh’af al-iman wa’adamu karahiyat al-ma’ashi(melemahkan iman dan kehilangan kebencian kepada kemaksiatan)

5. ‘Urdhatun li su-il khatimah(terancam meninggal dalam su’ul khatimah)

6. Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’(tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya maksiat tersebut ke tengah masyarakat)


4.0 KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA PERGAULAN BEBAS:

1- Merosakkan jiwa dan akhlak

Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang  berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2- Menyuburkan perzinaan

Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.

3- Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara

Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

4- Membawa kepada kemurkaan Allah SWT

Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.


5.0 HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.


1- Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram

Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan

lelaki ajnabi (sah kawin dengannya).

Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut: 

 i. Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.

 ii. Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”

 

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’ sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.

    Walaubagaimanapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram.

Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.

  Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat, maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.

 

2- Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid

Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal bagi mereka.

   Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami atau wali, tidak memakai bau-bauan tidak berhias dan tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah di dalam masjid. Syarak menentukan saf bagi wanita dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki. Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin `Abbas yang beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka menunaikan solat bersama.

    Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan  lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, sudah  tentu tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah.

   Kesimpulannya, pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf sewaktu melakukan solat jemaah bersama lelaki di samping pensyaratan-pensyaratan lain. Ini bererti kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah bergantung kepada pensyaratan boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan kata lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan boleh secara mutlak, tetapi boleh dengan syarat-syarat yang ditentukan.


3- Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad

   Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjan haji:

     Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.

     Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.


4- Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat

   Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak wajib menunaikan solat jumaat. Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dlam keadaan yang boleh membawa fitnah. Alasan ini  membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita dan lelaki ajnabi adalah haram.

  Di awal perbincangan telah dinyatakan, tiada nas sarih yang secara langsung mengharamkan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Namun demikian, dalam konteks ini kaedah al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah, tidak dapat digunakan untuk menyatakan bahawa hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi adalah harus, kerana nas-nas yang dikemukakan di atas secara tidak langsung telah mengandungi unsur-unsur larangan dari pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, keharusan yang mutlak dalam kes ini sudah tidak ada lagi.


6.0 CARA-CARA MENGHINDARI PERGAULAN BEBAS

Diantara serbuan informasi yang turut mempengaruhi para remaja untuk berlaku bebas, bukan tidak mungkin sebenarnya untuk menghindari hal tersebut. Cara menghindari pergaulan bebas dengan benar dapat dilakukan melalu suatu proses sejak seseorang berusia atau matang. Antara cara menghindari pergaulan bebas ialah:

 

A. Memperkuatkan Pendidikan Agama

 Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.


B. Membentuk karakteria yang Positif

Pembentukan 4 karakteria manusia sejak kecil sangat diperlukan agar ia dapat menjadi pribadi yang kuat dan berpendirian kokoh, sehingga walaupun mempunyai kesempatan untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan dirinya. Teguh berpegang pada prindip hidup merupakan salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas.


C. Memilih Teman

Seperti telah disebutkan diatas, pemilihan teman yang kurang sesuai akan mempermudah seseorang terjerumus ke dalam pergaulan yang bebas. Kerana itulah penting untuk memilih teman dan mengenali  keperibadian manusia yang sekiranya dapat memberikan pengaruh positif, seperti bagaimana cara menjadi pribadi yang menyenangkan .

 

D. Mempereratkan Hubungan Orangtua dan Anak

Hubungan orang tua dan anak yang erat secara langsung akan memberikan pengawasan yang lebih baik kepada anak. Jika anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka akan dapat langsung bertanya mengenai berbagai macam persoalan bahkan yang dianggap sensitif seperti seks bukannya mencari informasi yang bisa jadi menyesatkan pada pihak lain.

 

E. Memberikan Pendidikan Seks Pada Anak dan Remaja

Sifat ingin tahu dalam golongan remaja mengenai hal yang berkaitan dengan seksual terkadang tidak mendapatkan penyaluran yang benar, sehingga mereka terkadang akan mencari tahu melalui jalan yang salah. Informasi yang berkaitan dengan seksualitas sepatutnya boleh difahami oleh anak sejak dini, tentu saja disesuaikan dengan bahasa yang sesuai dengan usia anak. Dengan demikian mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat dari pergaulan bebas.


F. Menghindari dari Lingkungan yang Tidak Kondusif

Selain keluarga, tempat anak bersosial adalah pada lingkungan usia mudanya. Jika anak berada pada lingkungan yang positif, iaitu yang memegang teguh  maka ia juga akan dapat memberi contoh yang positif tersebut dan sebaliknya. Apabila anak berada pada lingkungan yang tidak kondusif maka pengaruh dari lingkungan tersebut boleh membuatnya menjadi berperilaku menyimpang dari norma sosial yang ada.


G. Mengisi Waktu Lapang

Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi remaja untuk terolong dalam kehidupan bebas adalah tersedianya banyak waktu lapang. Apabila waktu lapang tersebut diisi dengan kegiatan yang positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi waktu melalui kegiatan positif.


H. Memperluaskan Pengetahuan

Ada fakta yang menyatakan bahawa knowledge is power, yang bermaksud pengetahuan adalah kekuatan yang akan membuka cakupan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan pilihan hidupnya kerana ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan fakta dari pilihan-pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit pilihan, ia tidak akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk kehidupannya. Misalnya, jika ia tidak mempunyai pilihan lain selain gaya hidup bebas, maka ia tidak akan dapat melakukan cara menghindari pergaulan bebas.


I. Memperbaiki Komunikasi dengan Keluarga

 Komunikasi antara orang tua dan anak juga dapat menyebabkan anak memilih jalan menyimpang seperti pergaulan bebas. Hal ini terjadi kerana anak tidak mendapatkan bimbingan yang sepatutnya dari orang tua. Diperlukan sikap yang lebih luas dari orang tua untuk dapat memahami jalan pemikiran anak agar dapat berkomunikasi dengan lancar dan wujudkan kefahaman antara satu sama lain.


J. Taat Kepada Hukum

Pergaulan bebas tidak hanya melanggar norma sosial melainkan juga melanggar peraturan dan norma hukum, disebabkan seks bebas, ubat-ubatan dan minum alkohol. Semua hal tersebut berpotensi membuat seseorang melakukan perbuatan yang melanggar hukum. Cara menghindari pergaulan bebas dan cara menghindari kebiasaan buruk tersebut iaitu dengan membuat anak tahu mengenai hukum yang berlaku dan apa akibatnya jika melanggar.


K. Menerima Diri Sendiri

Terkadang alasan seseorang memasuki pergaulan bebas adalah untuk diterima oleh lingkungannya. Orang seperti ini biasanya selalu merasa dirinya tidak cukup kepercayaan diri dan sukar mencari cara agar selalu berfikiran positif. Maka ia ingin membuktikan diri dengan menjadi orang yang bebas tanpa terikat pada norma sosial. Agar terhindar dari peragaulan bebas, maka seseorang harus menjadi pribadi yang tahu cara meningkatkan rasa percaya dirinya.

 

L. Membatasi Pergaulan

Pergaulan bebas bukanlah cara hidup yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan ditimbulkan pada seseorang jika menjalaninya. Untuk menghindari pergaulan bebas, ada baiknya jika membatasi pergaulan kepada lingkungan atau teman yang hanya akan memberikan pengaruh positif.

 

M. Menetapkan Tujuan Hidup

Orang yang tidak memiliki tujuan dalam hidupnya akan sangat mudah tersesat. Termasuk terjerumus pada pergaulan bebas. Maka sangat penting bagi seseorang untuk mengetahui apa tujuan hidupnya dengan tepat, agar dapat memfokuskan diri pada hal yang diperlukan untuk mencapainya dan tidak teralihkan oleh hal – hal yang buruk.

 

N. Menjaga Tingkah Laku

Berpasangan merupakan sebahagian dari kehidupan yang dijalani oleh para remaja, kerana pada usia ini mereka sudah mulai mengembangkan ketertarikan pada lawan jenis. Perlunya menjaga tingkah laku selama berpasngan agar tetap berlaku sewajarnya pada norma sosial dan tidak menyalahi ajaran agama sangat penting untuk menghindari pergaulan bebas.

 

O. Membatasi Waktu di Luar Rumah

Terlalu banyak waktu yang digunakan untuk melakukan kegiatan di luar rumah yang kurang bermanfaat, membuka peluang bagi pengaruh buruk untuk masuk. Jika boleh, batasilah kegiatan di luar rumah yang kurang penting agar dapat memfokuskan diri kepada cara hidup yang positif.

Untuk menghindari pergaulan bebas memang tidak boleh dilakukan hanya dari satu sisi saja, atau dilakukan oleh anak tanpa dorongan orang tua dan lingkungannya. Melainkan diperlukan kepribadian yang kuat yang terbentuk sejak anak masih berusia muda agar ia dapat menentukan sendiri hal yang baik dan buruk. Dasar – dasar nilai moral dan agama yang diletakkan orang tua ketika mendidik anak sangatlah penting untuk menjauhkan anak dari berbagai cara hidup yang salah dan merusak diri sendiri.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada kerjasama atau tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.


LAMPIRAN



Cinta (Al-Hubb) di dalam Islam merupakan sesuatu yang agung, bahkan menurut Ibnul Qayyim dalam kitab Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’, beliau menyebutkan bahawa salah satu karakteristik ibadah iaitu adanya perasaan cinta yang mendalam dengan ketundukan kepada yang berkuasa iaitu Allah Ta’ala yang bermaksud ketika kita mencintai dan tunduk kepada sesuatu melebihi cinta kita kepada Allah maka kita akan tergolong kepada perbuatan syirik khafi, kerana secara tidak langsung kita menganjungi sesuatu selain Allah. Itulah makna dari firman Allah Ta’ala :


{Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan tandingan-tandingan selain Allah yang mereka cintai sebagaimana cinta kepada Allah. Adapun orang-orang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah.} (QS. Al-Baqarah : 165) 

Oleh kerana itu sebagai seorang muslim kita wajib menjadikan Allah Ta’ala sebagai satu-satu yang paling kita cintai melebihi apapun di dunia ini, kerana itu sahaja kunci untuk kita mampu untuk menikmati dan merasai nikmat iman.

Rasulullah SAW bersabda : “Tiga hal yang apabila terdapat pada diri seseorang maka dia akan merasakan manisnya keimanan : Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari apapun, apabila mencintai seseorang maka cintanya itu berdasarkan rasa cinta kepada Allah, dan benci apabila dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci bila dimasukan ke dalam neraka.” (HR. Bukhari-Muslim)


RUJUKAN

BUKU
1- Marzuki Sepiaal,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Dr. Alias Mat Saad(2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.Kuala Lumpur: Siri Politeknik. Oxford Fajar.
2- Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. 2001. Zakaria Stapa. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

INTERNET
1. https://www.kabarsumbawa.com/2017/01/05/pergaulan-bebas-penyebab-akibat-cara-mengatasinya/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Adab
3. https://ikimfm.my/adab-dalam-kehidupan/
4. http://upimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/batas_pergaulan_lelakiper_dr_anisah.pdf
5. https://dosenpsikologi.com/cara-menghindari-pergaulan-bebas